masa depan dibeli pada masa sekarang....

Fikirlah... betapa banyaknya masa sekarang yg telah dibazirkan.. padahal waktu yang ada inilah... merupakan waktu yang sesuai untuk kita merancang masa depan yang lebih baik lagi.

Persoalan Hidup



Kadangkala aku merenung sendiri... bagaimana sebenarnya alam ini. Takjub pabila melihat arakan sang awan tatkala ditiup angin.. Terbangnya sang burung sekawan pulang bersama pada waktu senja. Segala-galanya membuatkan aku berfikir... Indahnya ciptaan Allah dan betapa bijaknya Allah sedangkan manusia ilmu baru setitis cuma sudah melupakanNYA.



Kadangkala ingin ku putar kembali masa silamku... ingin ku ubah menjadi insan yang lebih baik dari apa yang aku ada sekarang. Namun, bila ku fikirkan kembali... inilah jalan kehidupan yang terbaik buatku kerana jalan kehidupan ini telah banyak mengajarku erti kecekalan dan ketabahan dalam meniti ranjau penuh duri.

Cuma hidup ini terlalu banyak berteka-teki... kadangkala buat aku putus harapan. Segala-galanya merupakan pertaruhan. Jika salah membuat percaturan akibatnya sengsara tapi sebaliknya kebahagiaan. Namun aku masih menanti sinar bahagia itu muncul.. Entah bila akan menerpa......

Fikirkan Sejenak...




'kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'




Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Dan pandangan hatilah yg hakiki,

kalau hati itu bersih..



Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,

Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...



Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.

Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.

Tapi... .bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T



Menuntut ilmu adalah taqwa,

Menyampaikan ilmu adalah ibadah,

Mengulang2 ilmu adalah zikir,

Mencari ilmu adalah jihad,

(Al-Ghazali)



"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi

akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi... "

-Imam Malik-



Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya,

bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..



Sesungguhnya mati jasad kerana roh,

Mati roh kerana tiada ilmu,

Mati ilmu kerana tiada amal

Dan mati amal kerana tiada istiqomah.



Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu

menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati

berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.




Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan

terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya

agama dijadikan mainan



Agama menjadi sendi.

Pengaruh menjadi penjaganya.

Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup

Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.

Krn org yang terhormat itu,..

Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.



Inginkan mutiara selamilah lautan,

Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,

Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..

Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu

kemanisan... ... ..



"People wil forget what you said, people will forget you did, but

people will never forget how you made them feel... "



Live needs sacrifice,

Sacrifice needs fight,

Fight needs courage,

Courage needs confidence,

Confidence determine success,

Success lead us to happiness...



Hidup memerlukan pengorbanan,

Pengorbanan memerlukan perjuangan,

Perjuangan memerlukan kekuatan,

Kekuatan memerlukan keyakinan,

Keyakinan menentukan kejayaan,

Kejayaan membawa kebahagiaan...



Hidup tanpa cita-cita adalah mati

Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi



Ilmu penyuluh hati yg bersih,

Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,

Natijahnya kejayaan bakal diraih,

Kutuman senyuman akan tersurih,

Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...



Diam merupakan sebuah keputusan hukum

Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit

Namun dapat menjadi petunjuk

Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya

Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya



Yang lahir dari hati adalah keikhlasan

Yang datang dari akal adalah kewarasan

Bersatulah hati dan akal

Melawan nafsu yang bakal memusnahkan



Harta yang paling indah adalah sabar

Teman yang paling akrab adalah amal

Pengawal yang paling waspada adalah diam

Bahasa yang paling manis adalah senyum

Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk



Malu daripada lelaki adalah baik

Tetapi daripada perempuan lebih baik

Adil bagi setiap orang adalah baik

Tetapi daripada pemerintah lebih baik

Taubat daripada orang tua adalah baik

Tetapi daripada pemuda lebih baik

Dermawan daripada orang kaya adalah baik

Tetapi daripada orang miskin lagi baik



" Tunjangkan resah mu di dada solat,

Himpunkan peritmu digenggaman doa,

Tutupi kekecewaan dgn taqwa,

Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".





Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... >>





~bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa~



kisah cawan yang cantik

kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Surah Al Kautsar

Bismillah... ... ... .


"Innaa'kthoina'(panjang sikit bunyi) kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.





Dialog Ayam & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!




Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



Matahari dari dekat (5,000 KM)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope



Sebagai Renungan:

menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.



Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.



Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?




Jibril: sebesar kurma...



Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.



Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...



Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..



Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70




Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.



Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.



PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri, SEBESAR ZARAH SAHAJA.



Betapa sayangnya Allah pada kita.....



Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu.... melainkan kerana kita sanggup memikulnya

Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu... melainkan kerana ingin kita kembali kapadaNya

Allah tidak akan menolak doa kita.... melainkan belum sampai waktunya

Allah tidak akan memberikan sesuatu yang kita suka... melainkan sesuatu yang paling terbaik untuk kita
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat


Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi



Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”

Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”




Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapanterhadap setiap masalah

Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan



Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”

Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”




Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”

Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”



Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen

Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji







Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita

Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha



Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"

Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"



Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah

Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang




Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi

Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi



Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya

Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya



Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan

Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan





Ketahuilah ....



Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.




Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.



Sebab apa?



Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.






Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.



Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.



Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.



Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.



Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.



Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.



Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Renungan....



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.





Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.



Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.



Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.



Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.



Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.



Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis



SOALAN PA 1 KEDAH 2009

http://www.mediafire.com/?dnmmyyczm4h

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN





Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.


CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ... "





Raya Rumah Kengkawan SDJ




Hari itu tak sangka pegi beraya... Best juga walaupun penat tapi seronok!!!!!!!!!!




Kenangan Hari Raya

Tak sangka pelajar 6 BA 4 buat jamuan hari raya. Terima kasihlah menjemput saye..................



Okey la makanan & air pun sedap!!!!!!!!!!!




Dua rakan karib ni pun, nak masuk jugak.... bagi chance la ni...




Meriah sungguh!!!



macam macam posing nih  hihi


Geng score ekonomi ni.....

Loan ASB???

Loan ASB terbukti lebih menguntungkan drpd simpan sendiri hanya kpd mereka yg bijak... kaedahnya




ambil loan ikut kemampuan bayaran balik sehingga maksima 20-30thn tujuannya supaya bayar bulan rendah tetapi exit pada tahun ke 3 (36 bulan), kemudian buat loan baru dgn promosi rate terbaru..cuba kira tengok untung ke tak? dibawah saya tunjuk kiraan secara ringkas.



Kaedah ASB loan

Loan 200k tempoh bayar balik 20thn..bulanan rm1300(termasuk insuran takaful)x12= 15600 lepas setahun bonus dividen dapat 16k..satu lagi ramai org tak perasan bayar loan 1300 tiap2 bulan bayar ke bank rm620 adalah interest rm580 adalah prinsipal yg mana akan mengurangkan hutang kita maknanya tahun pertama dpt kurangkan hutang 7k

bermakna dgn loan asb tahun pertama kita bayar 1300bulanan kita dpt bonus÷n 8%(contoh) 16k yg nampak, yg tak nampak(prinsipal) hanya selepas exit 7k untuk tahun pertama.



untung kedua kalau lepas setahun atau dlm masih berhutang ditakdirkan mati anak dan isteri/suami dapat 200k free.



Kaedah simpan sendiri.

bayar bulan 1300x12=rm15600 + bonus÷n rm1200 sepatutnya lebih rendah sebab kita start dari kosong.



15600+1200=16800 tanpa insuran.

Ditakdirkan mati lepas setahun waris dpt rm16,800 shj.



Tapi jgn langgar pantang..ambil loan untuk 20-30thn exit lepas 3thn paling lewat 5thn kerana lepas 4 ke 5thn

dan seterusnya 'simpan sendiri' mula menampakkan lebih keuntungan.



Lagi satu asb loan boleh membuat kita berdisplin berbanding simpan sendiri.



Bab halal/haram jika ada dua pendapat berbeza maka sebagai org yg bijak ambil pendapat yg kita yakini... lagipun

bank sekarang offer loan yg islamik sepatutnya tiada pelaburan yg diragui,berbaik sangkalah.

Batu yang di jumpai dalam lautan ilmu....


Hidup ku....

Simple saje... sekadar yang ada. Kadang-kadang nak tergelak juga, sekarang aku jadi "cikgu". Haha macam ye ye je.....

Mungkin dulu masa kecik2 suka main cikgu-cikgu kot, cuma masa tu anak murid ku, jiran je. Nak ajar BM je tak nak ajar Mate, konon susah. Hihi....

Hari ni aku plak dok membebel anak murid sendiri. Susah nak cakap, mungkin mereka juga telah berusaha sedaya upaya macam aku dulu. Mungkin rezeki mereka kemudian nanti, macam aku. Insyaallah.

Bak kata orang, Usah terlalu berfikir negatif, kita tak akan berjaya. Apa yang penting, kita hadapi segala dugaan hidup ini dengan penuh sabar. Buat sesuatu dengan ikhlas dan sentiasa berdoa. kata-kata itulah, membuatkan aku rasa jangan cepat berputus asa membantu pelajarku. Kadang kala rasa marah dan hilang sabar, tapi fikir kembali.. aku sebenarnya sedang diuji. Insyaallah usahaku berbaloi.

Cikgu M@n!S: Reunion Form 6 - 26 sept 2009

http://cikgumns.blogspot.com/2009/09/reunion-form-6-26-sept-2009.html#links
Soalan percubaan STPM bagi subjek Pengajian Am 1 & Ekonomi 1. Boleh download kat cikgu punya facebook ek!. Tapi takde skema nyer.

Reunion Form 6 - 26 sept 2009



Salam, Buat kengkawan .....

Tak sangka selepas 7 tahun kita bersua kembali. Moga persahabatan ini akan kekal selamanya.

Moga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi. Insyaallah, tahun depan jika ada kelapangan masa kita pasti jumpa & berkumpul kembali.

Jangan lupa.... Contact tau!!!!

KEEP IN TOUCH :P

My Students

Salam Sejahtera, Buat my all student, Jika kamu ada dapat soalan percubaan atau nak download soalan percubaan dari blog ini. Sangat dialu-alukan. Kuatkan semangat, jangan mudah putus asa!
Salam, sesiapa yang mempunyai soalan percubaan STPM khususnya bagi subjek Ekonomi 1 dan Pengajian Am 1, Harapnya dapat berkongsi dan bertukar-tukar soalan dengan saya. Thanks for join me!